RM32.00 - RM60.00
LENGKUAS GENTING - [Fresh Rhizomes]
Price RM32.00 - RM60.00
Product SKU SSA-00059
Availability 10
Rhizomes
Quantity
This product has a maximum quantity of 10
Description

Lengkuas genting merupakan salah satu jenis spesis lengkuas.

Diberikan nama saintifik sebagai Alpinia Conchigera.

Digelar lengkuas genting atau lengkuas ranting kerana rizomnya (ubi) yang lebih kecil dan halus berbanding lengkuas biasa,

Terdapat banyak nama lain yang merujuk kepada lengkuas genting, antaranya seperti lengkuas padang, lengkuas kecil, cengkenam, lesser ginger dan lesser alpinia.

Secara fizikalnya, ketinggian pokok lengkuas genting juga jauh lebih rendang dan berbanding lengkuas biasa yang tingginya menghampiri ketinggian pokok kantan. Ketinggian maksima lengkuas genting adalah dalam lingkungan 3-4 kaki tinggi.

 Lengkuas genting mudah berbunga dan semestinya bunganya sangat menarik.

Khasiat lengkuas genting dalam perubatan tradisional diyakini oleh masyarakat tempatan seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan beberapa negara Asia lain.

Jika di Malaysia rizom Lengkuas Genting dimasukkan dalam campuran minyak urut kerana dipercayai mempunyai kebaikan sebagai antiinflamasi selain disebabkan aroma lengkuas itu sendiri yang menyegarkan. Sebahagian pengamal herba juga menggunakan seluruh bahagian lengkuas genting untuk mandian wanita berpantang.

Jika di Thailand, Lengkuas genting ada digunakan dalam sebahagian masakan dan menu lokal mereka sebagai penyedap rasa selain membawa pelbagai manfaat untuk tubuh. Ia dipercayai membantu untuk merawat penyakit kulit.

Selain itu, beberapa kajian dijalankan bagi mengenalpasti potensi lengkuas genting sebagai antifungal dan antimikrob.

Lengkuas genting sesuai ditanam di kawasan separa redup, di tepi2 kawasan tanaman padi (tanah bekas sawah padi).