RM15.00
Vetiver Roots | Akar Wangi | Mandian Herba
Price RM15.00
Product SKU SSA-00061
Availability 10
Quantity
Description

Dried vetiver roots (net weight = 25 g)

Akar wangi (berat bersih: 25g)

PERCUMA beg kain mandian ('bath bag') untuk pembelian 4 paket akar wangi.

Akar Wangi atau lebih popular sebagai Vetiver Roots. Ia dituai daripada rumpunan rumput Vetiver.

Rumput Vetiver merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada India dan telah banyak dibiakkan serata dunia kerana kaya dengan pelbagai manfaat.

Secara fizikalnya, Vetiver ditanam bagi beberapa tujuan seperti mengawal hakisan tanah, menapis atau merawat air dan sebagai sungkupan. Ia disebabkan kemampuan akar nya yang boleh tumbuh sedalam 12 kaki ke dalam tanah yg sesuai.

Selain itu, akar Vetiver juga terkenal kerana mempunyai aroma semula jadi yang diyakini memberi pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Untuk pengetahuan anda, akar vetiver melalui proses tertentu dan menghasilkan minyak pati (Vetiver essential oil).

Jika di India, air rendaman akar Vetiver diminum dan dikenali sebagai 'Khus Syrup'. Ia diminum bagi tujuan menyejukkan badan.

AIr rendaman akar vetiver juga biasa digunakan untuk mandian herba atau mandian spa.

Aroma asli yang dihasilkan daripada akar tersebut memberi kelegaan kepada tubuh dan ketenangan untuk minda.

Cadangan menggunakan akar vetiver.

1. Mandian Herba- Rendam akar vetiver dengan air panas selama 10-15 minit. kemudian boleh ditambah kuantiti air lalu digunakan untuk mandian mengikut suhu yang bersesuaian,

2. Skrub - Boleh digunakan sebagai skrub semulajadi. Rendam terlebh dahulu untuk melembutkan akar kemudian boleh digosok terus ke anggota badan atau boleh juga berlapik dengan kantung beg herba.

Sebarang pertanyaan boleh terus chat dengan kami. Terima kasih :)