RM15.00
Vetiver Grass | Akar Wangi - [Loose]
Price RM15.00
Product SKU SSA-00038
Availability 120
Vetiver
Quantity
Description

Produk/ Product:

Tumbuhan:/Plant: Rumput Vetiver (Vetiver Grass)

Nama lain/ Other Name:  Akar Wangi, Khus-Khus

Nama Saintifik: Vetiveria zizanioides

Huraian Produk:

 

1. Lerai tanpa tanah (Loose without soil)

SATU SET = 10 BATANG (PIECES) = RM15.00

  • Benih lerai tanpa tanah digali segar dari rumpun Vetiver induk, kemudian dibersihkan sebelum dipos
  •  Setelah terima benih, terus rendam bahagian akar di dalam air (paras air lebih kurang setengah jengkal dari dasar bekas) sebelum anda menanamnya.
  • Jangan risau tentang kesegaran benih, kami menggunakan teknik pengeposan yang selamat untuk mengekalkan kesegaran benih. Tambahan, vetiver sejenis rumput lasak. Akarnya mampu bertahan dan kembali segar apabila direndam air.
  •  Cadangan kami – jika kawasan penanaman jauh dari pemerhatian anda, benih lerai ini disemai dahulu di dalam polibeg/cawan sehingga tumbuh akar stabil sebelum dipindah terus ke tanah. Letak pot semaian di tengah panas. Tak perlu lindungan. Pastikan tanah disiram lembap setiap hari, sehari sekali sudah memadai. Namun, jika anda memilih untuk terus tanam di tanah/lereng pastikan kelembapan terjaga untuk memastikan benih terus kuat dan tak kering tanpa siraman sekurangnya sehari sekali.

 

2. Lerai bertanah

SATU SET = 5 UNIT = RM15.00 -

  • Satu batang benih vetiver untuk setiap unit.
  • Setiap batang telah sedia disemai dan mempunyai akar yang stabil menyaluti tanah tersebut.
  • Penjagaan awal yang kurang sensitif dan lebih mudah berbanding benih lerai tanpa tanah.
  • Rujuk maklumat pada gambar iklan untuk info lanjut.

 

Ciri-ciri rumput Vetiver

  •  Tumbuh dalam bentuk berumpun.
  • Dibiakkan melalui pecahan akar (tiada biji benih)
  • Memerlukan sumber cahaya matahari penuh. Penanaman di kawasan redup kurang efektif.
  • Cadangan jarak penanaman untuk kestabilan cerun/ penahan tebing ialah 1.5-2 kaki. *bergantung kepada keseriusan hakisan
  • Jika ditanam untuk tujuan tuaian akarnya bagi tujuan produk aromatic, boleh juga ditanam di kawasan sedikit gembur dan rata.
  • Daun vetiver yang tumbuh menegak dan berbentuk runcing. Trim daun apabila kelihatan semak atau mula meninggi menghalang pandangan.
  • Vetiver ada mengeluarkan bunga berwarna merah hati ketika cuaca panas dan rumpun telah matang.

 

Antara tujuan utama penanaman rumput Vetiver:

  • MENGAWAL HAKISAN TANAH seperti di cerun atau tebing. (SOIL EROSION CONTROL)
  • MINYAK PATI DARI AKARNYA YANG WANGI. #VetiverEssentialOil. SESUAI JUGA UNTUK MANDIAN SPA .
  • PENYEJUK BADAN. Minum air rebusan akar. #KhusSyrup
  • Merawat air. #WaterTreatment #VetiverSystem
  • Daun vetiver yang di trim boleh dijadikan kompos terbaik setelah terurai kerana kaya dengan nutrien dari dalam tanah disebabkan kedalaman akarnya.